~Life is a marshmallow, easy to chew but hard to swallow~

Sunday, February 6, 2011

Dia

Tatkala hujan renyai, dia pergi membawa seribu kenangan. Kenangan yang tak mungkin dilupakan. Selesai sahaja azan subuh berkumandang di telefon bimbit pak cik ku, dia seakan-akan dipanggil untuk kembali kepada penciptanya. Aku yang terlena sebentar dikejutkan dengan tangisan mak cik ku. Lantas aku bingkas bangun dan mendapatkan dia yang sedang terbaring di ruang tamu. Perasaanku pada waktu itu kosong. Terkejut. Tergamam. Terpaku. Aku terus mencari nadi di tangannya, ternyata sudah tiada lagi degupan. Innalillahiwainnailaihirojiun. Atuk sudah tiada, desis hatiku. Sayunya hati. Namun aku terpaksa merelakan pemergiannya. Kerana aku yakin, setiap yang hidup akan kembali ke tempat asalnya bersama penciptanya. Buat pertama kali dalam hidupku, aku membantu menguruskan jenazah. Setelah selesai jenazah dimandikan dan di kafankan, aku bersama ahli keluarga yang lain mencium atuk buat kali yang terakhir. Ciuman terakhir sebelum dia pergi meninggalkan kami. Dia pergi meninggalkan nenek. Nenek yang selama ini menemani dan menyayanginya. Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Teluk Gong, Klang. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Harap atuk, baik2 disana. AL-FATIHAH~(Mohamad Nor Bin Ahmat, jam 0645, 31/01/2011, 74tahun)