~Life is a marshmallow, easy to chew but hard to swallow~

Sunday, February 6, 2011

Dia

Tatkala hujan renyai, dia pergi membawa seribu kenangan. Kenangan yang tak mungkin dilupakan. Selesai sahaja azan subuh berkumandang di telefon bimbit pak cik ku, dia seakan-akan dipanggil untuk kembali kepada penciptanya. Aku yang terlena sebentar dikejutkan dengan tangisan mak cik ku. Lantas aku bingkas bangun dan mendapatkan dia yang sedang terbaring di ruang tamu. Perasaanku pada waktu itu kosong. Terkejut. Tergamam. Terpaku. Aku terus mencari nadi di tangannya, ternyata sudah tiada lagi degupan. Innalillahiwainnailaihirojiun. Atuk sudah tiada, desis hatiku. Sayunya hati. Namun aku terpaksa merelakan pemergiannya. Kerana aku yakin, setiap yang hidup akan kembali ke tempat asalnya bersama penciptanya. Buat pertama kali dalam hidupku, aku membantu menguruskan jenazah. Setelah selesai jenazah dimandikan dan di kafankan, aku bersama ahli keluarga yang lain mencium atuk buat kali yang terakhir. Ciuman terakhir sebelum dia pergi meninggalkan kami. Dia pergi meninggalkan nenek. Nenek yang selama ini menemani dan menyayanginya. Jenazah selamat dikebumikan di tanah perkuburan di Teluk Gong, Klang. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya. Harap atuk, baik2 disana. AL-FATIHAH~(Mohamad Nor Bin Ahmat, jam 0645, 31/01/2011, 74tahun)

Wednesday, February 10, 2010

SEBUAH Al-Kisah~~

mengharungi hari-hari yang mendatang dengan pelbagai dugaan membuatkan kita menjadi lebih kuat dan lebih dewasa.. namun sesekali aku tergelincir juga dari landasan itu... kadang-kadang aku alpa dan terlalu mengikut emosi dimana emosi itu sebenarnya telah dikuasai oleh syaitan durjana.. namun aku adalah insan yang lemah lagi hina disisi mu.. sampai bile aku harus begini? menjalani kehidupan yang agak kurang bermakna berbanding orng lain.. menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan perkara yang kurang bermanfaat.. mengapakah begitu sukar untuk aku berubah?? adakah kau telah menutup pintu hatiku yang selama ini telah kau terangi dengan Nur mu?? aku perlu kan bimbingan dan petunjuk darimu agar hidup ini tidak lagi menjadi sia-sia.. tiada siapa yang tidak mahu berubah menjadi seorang yang lebih baik.. namun perubahan itu bukanlah boleh berlaku dalam sekelip mata... Ia juga tidak akan berlaku tanpa niat yang betul dan ikhlas yang lahir dari hati yang tulus.. apa yang harus aku lakukan?? perlukah aku menghukum dan terus menyalahkan diriku sendiri dek kerana masa silam ku?? adakah tindakan tersebut seperti aku menzalimi diri aku sendiri?? kalau diberi peluang sudah tentu aku mahu ke zaman silam ku semula dan memperbaiki segala cacat cela yang telah memburukkan nota perjalanan hidupku.. namun aku sedar bahawa ia tidak akan terjadi sama sekali melainkan dengan izin-Nya.. tolonglah... berikan aku peluang... bukakan lah mataku... bukakan lah pintu hatiku....... berkatilah hidupku..... aku juga ingin berjaya seperti mana mereka yang telah berjaya dengan cemerlang.. namun bukan hanya kejayaan duniawi semata-mata malah akhirat juga... YA ALLAH AKU MOHON PETUNJUKMU.. LINDUNGILAH HAMBAMU INI..... SAYANGILAH HAMBAMU INI.... AKU MOHON AMPUN DARIPADAMU.......................

Monday, February 8, 2010


KAWAN OR LAWAN??

There's a some quote regarding friendship....

1)"True friendship is a plant of slow growth, and must undergo and withstand the shocks of adversity before it is entitled to the appellation."

2) Happiness is time spent with a friend and looking foward to sharing time with them again.

~~KAWAN~~

kawan 2 pe erk????
= orng yg rapat ngn kite n SANGGUP susah senang ngn kite....


Apa yang kita alami demi kawan kadang-kadang memenatkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering berhadapan dgn beberapa dugaan (jgn igt couple je de byk dugaan!!!),

tetapi

persahabatan sejati mampu mengatasi dugaan itu bahkan, semakin akrab dan membuatkan ia lebih bermakna..

Persahabatan tak leyh laa nk terjalin secara automatik, tetapi ia

memerlukan proses yg pnjang dan maybe kadang-kadang leyh jd complicated sket..

proses yg pnjng = besi menajamkan besi = sahabat menajamkan sahabatnya

Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur dan disakiti, diambil berat dan diabaikan, dibantu dan ditolak n etc...

NAMUN.....

semua itu x pernah dilakukn dgn sengaje dengan tujuan kebencian.

(tp xtaw la if de org mmg de intention nk wat cmtu)

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, bahkan dek kerane kasihnya kpd sahabat, dye telah mmberanikan diri utk menegur dgn tujuan utk melihat sahabatnye berubah...

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha pemeliharaan terhadap kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita memerlukn bantuan (time ngh susah laa..) barulah kita rase nk crk kwn 2 blk... SEPATUTNYA kita lebih berinisiatif dalam memberi dan mewujudkan ape yg diperlukn oleh sahabat kita.

Rindu akan sahabat adalah menjadi sebahagian daripada kehidupan bersahabat,
kerana, intipati
persahabatan sejati ialah jujur, ikhlas, dan tak perlu bersikap egois...
Semua orang pasti menginginkan dan memerlukan sahabat sejati,

Ramai yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun tidak semua mampu memilikinya....


**P/S

KAWAN yg paling dibenci...

a) kwn yg khianat kwn sndiri ( cth: curik bf kwn)
b) kwn "chipsmore" (kejap ade, kejap xde= bile ssh dtg mngendeng, bile snng sombong)
c) kwn yg bermuke-muke (byk muke ke kwn 2??=0)
d) kwn yg pndng harte bende (abis org miskin xleyh de kwn r?)
e) kwn yg hipokrit (kalo da pndai sgt blakon msuk r seni lakon!!)


Jom kwn2, meh kite renung blk ......

kwn jenis apakah kita????

We are not perfect but still we can try 2 be a gud friend b'coz our best friend is the one who brings out the best in us!!


GUD LUCK!! ^-^


Sunday, February 7, 2010

new born baby


BLOG..

perlu ke??

hurmm... rsenye cm x kot....

tp lme2, rse cm nk de gak...!!

np erkk???

xleyh ke rse "nk" 2 xde???

btw, da create da..

so nk or xnk kne gak try mngarang... (hehe poyo gler)

btw i'm not a gud author..

but who cares???

i need a supports from all my lurvly fwen... (help me!!)

"BUAH CEMPEDAK DI LUAR PAGAR, AMBIL GALAH TOLONG JOLOKKAN, SAYA BUDAK BARU ADA BLOG, KALAU FREE TOLONG BACAKAN.. =p

ngee~~ sorry mengarot sket...

jam menunjukkan 4.28 am...

so... my brain could not function very well okeyh!! (bkn la gile)

sekian saje pngenalan utk blog ini..

bertemu kite di wktu yg tidak same & tajuk yg tidak sme pd post akan dtg...



nanyte..........................