~Life is a marshmallow, easy to chew but hard to swallow~

Wednesday, February 10, 2010

SEBUAH Al-Kisah~~

mengharungi hari-hari yang mendatang dengan pelbagai dugaan membuatkan kita menjadi lebih kuat dan lebih dewasa.. namun sesekali aku tergelincir juga dari landasan itu... kadang-kadang aku alpa dan terlalu mengikut emosi dimana emosi itu sebenarnya telah dikuasai oleh syaitan durjana.. namun aku adalah insan yang lemah lagi hina disisi mu.. sampai bile aku harus begini? menjalani kehidupan yang agak kurang bermakna berbanding orng lain.. menghabiskan sisa-sisa hidupku dengan perkara yang kurang bermanfaat.. mengapakah begitu sukar untuk aku berubah?? adakah kau telah menutup pintu hatiku yang selama ini telah kau terangi dengan Nur mu?? aku perlu kan bimbingan dan petunjuk darimu agar hidup ini tidak lagi menjadi sia-sia.. tiada siapa yang tidak mahu berubah menjadi seorang yang lebih baik.. namun perubahan itu bukanlah boleh berlaku dalam sekelip mata... Ia juga tidak akan berlaku tanpa niat yang betul dan ikhlas yang lahir dari hati yang tulus.. apa yang harus aku lakukan?? perlukah aku menghukum dan terus menyalahkan diriku sendiri dek kerana masa silam ku?? adakah tindakan tersebut seperti aku menzalimi diri aku sendiri?? kalau diberi peluang sudah tentu aku mahu ke zaman silam ku semula dan memperbaiki segala cacat cela yang telah memburukkan nota perjalanan hidupku.. namun aku sedar bahawa ia tidak akan terjadi sama sekali melainkan dengan izin-Nya.. tolonglah... berikan aku peluang... bukakan lah mataku... bukakan lah pintu hatiku....... berkatilah hidupku..... aku juga ingin berjaya seperti mana mereka yang telah berjaya dengan cemerlang.. namun bukan hanya kejayaan duniawi semata-mata malah akhirat juga... YA ALLAH AKU MOHON PETUNJUKMU.. LINDUNGILAH HAMBAMU INI..... SAYANGILAH HAMBAMU INI.... AKU MOHON AMPUN DARIPADAMU.......................

No comments:

Post a Comment